"alaa nak last sem dah pon, relax la.."



Cuti sem sepatutnya sebulan. Tapi mungkin sebab exam jadi 3 minggu.Tadak mungkin dah 0_o  tapi memang cuti aku 3 minggu. Tak kisah la  sebab benda ni penting. lagipon ingat, alaa nak last sem dah pon, relax laa...Daftar masuk 27nov ni..Ok yang tu memang x kena ngan aku,aku berharap ada perubahan sedikit pada tarikh tuu jadi, aku bersabar bt waktu tu.Tapi hari demi harii heboh plakk memang tarikh tu siap prnt sc lagi di web poli.Sekali lagi terpaksa relakan hati mengatakan "alaa nak last sem dah pon, relax laa.." dan hanya berdiamkan seorang diri tanpa pengetahuan sesapa walaupon dalam hati sumpah seranah maki hamun .
Sebab hari pendaftaran memang hari yang memenatkan bagi aku TAMBAH pulak dengan tarikh yang selama ini aku sanjung, di sanjung, mensanjung, mensanjungii..arghh apa-apalah tapi dengan berbaur  semua tu aku rasa menyakitkan untuk tahun ni kenapa pada hari itu?.Perlu kah aku nak hipokrit dengan diri sendiri dengan sekali lagi  "alaa nak last sem dah pon, relax laa.." 

Maaf kalau ada terkasar bahasa.Sekian.

sahur


Bila sampai ja poli, aku terus lupa pasal belog. Bukan bermaksud nikmatnya di poli sampai terlupa update belog ni *angkat sikit kening sebelah. Sebenarnya err..line tenet di poli ni agak bermasalah sikit dan mood nak update memang x nampak indah dah bila aku sampai sini, x macam kat rumah tiap hari dok ngadap benda-benda ni.Puasa kali terakhir di poli.insyallah. Nak hebohkan ..aku ngan roomate2 aku pasang wifi dalam bilik.hekk..tp macam slow jugak lah,bila hujan memang cam nakharom..assignment agak tergendala sikit.

Sebenaqnya aku dah mati akai nak cqita apa waktu2 sahur ni..yalah pagi2 dalam kegelapan hanya dtemani neon laptop yang bercahaya putih menusuk ke dalam bebola mataku..erk..aku nak sambung lena lah.

Maaf kalau ada terkasar bahasa.Sekian.

along


"Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh! Kenapa kau degil sangat ni? Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik, yang tak menyusahkan aku?" Marah ibu. Along hanya membungkam. Tidak menjawab sepatah apapun. "Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah dua kali kau ulang ambil SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cuba la kau ikut macam Angah dengan Alang tu. Kenapa kau susah sangat nak dengar nasihat orang hah?" Leter ibu lagi.

Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah. Along terus membatukan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Tiba-tiba dia melihat si ibu bergegas pergi mencari sesuatu dan kembali semula dengan rotan di tangannya. Kali ini darah Along mula menderau. Dia berdoa dalam hati agar ibu tidak memukulnya lagi seperti selalu. "Sekarang kau cakap, kenapa kau bergaduh tadi? Kenapa kau pukul anak pengetua tu? Cakap Along, cakap!" Jerkah ibu.

Along semakin berdebar-debar namun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya bagai tersekat di kerongkong. Malah, dia juga tidak tahu bagaimana hendak menceritakan hal sebenar. Si ibu semakin bengang. "Jadi betul la kau yang mulakan pergaduhan ye!? Nanti kau, suka sangat cari penyakit, sekarang nah, rasakan!" Si ibu merotan Along berkali-kali dan berkali-kali jugaklah
Along menjerit kesakitan. "Sakit bu, sakit…maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi.Bu, jangan pukul bu..sakit bu.. "

Along meraung meminta belas si ibu agar tidak merotannya lagi. "Tau sakit ye, kau bergaduh kat sekolah tak rasa sakit?" Balas ibu lagi. Kali ini semakin kuat pukulan si ibu menyirat tubuh Along yang kurus itu. "Bu, ampunkan Along bu,bukan Along yang mulakan, bukan Along bu, sakit bu..!!" Rayu Along dengan suara yang tersekat-sekat menahan pedih. Along memaut kaki si ibu. Berkali-kali dia memohon maaf daripada ibunya namun siratan rotan tetap mengenai tubuhnya.

Along hanya mampu berdoa. Dia tidak berdaya lagi menahan tangisnya. Tangis bukan kerana sakitnya dirotan, tapi kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya setiap hari. Setelah hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Along. Tangan Along yang masih memaut kakinya itu di tepis kasar. Along menatap mata ibu. Ada manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu. Along memandang dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan ibunya menangis lagi kerananya.

Malam itu, Along berjaga sepanjang malam.. Entah mengapa matanya tidak dapat dilelapkan. Dia asyik teringatkan peristiwa dirotan ibu petang tadi. Begitulah yang berlaku apabila ibu marahkannya. Tapi kali ini marah ibu sangat memuncak. Mungkin kerana dia menumbuk anak pengetua sewaktu di sekolah tadi menyebabkan pengetua hilang sabar dan memanggil ibunya ke sekolah untuk membuat aduan kesekian kalinya. Sewaktu di bilik pengetua, Along sempat menjeling ibu di sebelah..Namun, dia tidak diberi kesempatan untuk bersuara. Malah, semua kesalahan itu di dilemparkan kepadanya seorang.

Si Malik anak pengetua itu bebas seolah-olah sedikit pun tidak bersalah dalam hal ini. Along mengesat sisa-sisa air mata yang masih bertakung di kelopak matanya. Dia berlalu ke meja tulis mencapai minyak sapu lalu disapukan pada bekas luka yang berbirat di tubuhnya dek rotanan ibu tadi. Perlahan-lahan dia menyapu ubat namun masih tetap terasa pedihnya. Walaupun sudah biasa dirotan, namun tidak seteruk kali ini.

Along merebahkan badannya. Dia cuba memejamkan mata namun masih tidak mahu lelap. Seketika wajah ibu menjelma diruang ingatannya. Wajah ibu suatu ketika dahulu sangat mendamaikan pada pandangan matanya. Tetapi, sejak dia gagal dalam SPM, kedamaian itu semakin pudar dan hanya kelihatan biasa dan kebencian di wajah tua itu. Apa yang dibuat serba tidak kena pada mata ibu. Along sedar, dia telah mengecewakan hati ibu dahulu kerana mendapat keputusan yang corot dalam SPM.

Tetapi Along tidak pernah ambil hati dengan sikap ibu walau adakalanya kata-kata orang tua itu menyakiti hatinya. Along sayang pada ibu. Dialah satu-satunya ibu yang Along ada walaupun kasih ibu tidak semekar dahulu lagi. Along mahu meminta maaf. Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Fikirannya terlalu cacamarba, dan perasaannya pula semakin resah gelisah. Akhirnya, dalam kelelahan melayani perasaan, Along terlelap juga.

Seminggu selepas peristiwa itu, si ibu masih tidak mahu bercakap dengannya. Jika ditanya, hanya sepatah dijawab ibu. Itupun acuh tidak acuh sahaja. Pulang dari sekolah, Along terus menuju ke dapur. Dia mencangak mencari ibu kalau-kalau orang kesayangannya itu ada di situ. Along tersenyum memandang ibu yang terbongkok-bongkok mengambil sudu di bawah para dan kemudian mencacap makanan yang sedang dimasak itu. Dia nekad mahu menolong. Mudah-mudahan usahanya kali ini berjaya mengambil hati ibu.

Namun, belum sempat dia melangkah ke dapur, adik perempuannya yang baru pulang daripada mengaji terus meluru ke arah ibu. Along terperanjat dan cuba berselindung di sebalik pintu sambil memerhatikan mereka. "Ibu..ibu masak apa ni? Banyaknya lauk, ibu nak buat kenduri ye!?" Tanya Atih kehairanan. Dia tidak pernah melihat ibunya memasak makanan yang pelbagai jenis seperti itu. Semuanya enak-enak belaka. Si ibu yang lincah menghiris sayur hanya tersenyum melihat keletah anak bongsunya itu.

Sementara Along di sebalik pintu terus memerhatikan mereka sambil memasang telinganya. "Ibu, Atih nak rasa ayam ni satu boleh?" "Eh! jangan, nanti dulu… Ibu tau Atih lapar, tapi tunggulah Kak Ngah dengan Alang balik dulu. Nanti kita makan sekali. Pergi naik atas mandi dan tukar baju dulu ye!" Si ibu bersuara lembut. Along menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan…"Anak-anak kesayangan ibu nak balik rupanya" bisik hati kecil Along. "Kak Ngah dengan Alang nak balik ke ibu?" Soalnya lagi. Atih masih belum berganjak dari dapur. Si ibu mengangguk sambil tersenyum.

Di wajahnya jelas menampakkan kebahagiaan. "Oooo.. patutlah ibu masak lauk banyak-banyak. Mmm bu, tapi Atih pelik la. Kenapa bila Along balik, ibu tak masak macam ni pun?" Along terkejut mendengar soalan Atih. Namun dia ingin sekali tahu apa jawapan dari ibunya. "Along kan hari-hari balik rumah? Kak Ngah dengan Alang lain, diorang kan duduk asrama, balik pun sebulan sekali ja!" Terang si ibu. "Tapi, ibu tak penah masak lauk macam ni untuk Along pun!" Soal Atih lagi. Dahinya sedikit berkerut dek kehairanan. Along mula terasa sebak.

Dia mengakui kebenaran kata-kata adiknya itu namun dia tidak mahu ada perasaan dendam atau marah walau secalit pun pada ibu yang sangat disayanginya. "Dah tu, pergi mandi cepat. Kejap lagi kita pergi ambil Kak Ngah dengan Alang dekat stesen bas" Arah ibu. Dia tidak mahu Atih mengganggu kerja-kerjanya di dapur dengan menyoal yang bukan-bukan. Malah ibu juga tidak senang jika Atih terus bercakap tentang Along. Pada ibu, Along anak yang derhaka yang selalu menyakiti hatinya. Apa yang dikata tidak pernah didengarnya. Selalu pula membuat hal di sekolah mahupun di rumah. Disebabkan itulah ibu semakin hilang perhatian pada Along dek kerana marah dan kecewanya.

Selepas ibu dan Atih keluar, Along juga turut keluar. Dia menuju ke Pusat Bandar sambil jalan-jalan buat menghilangkan tekanannya. Tiba di satu kedai, kakinya tiba-tiba berhenti melangkah. Matanya terpaku pada sepasang jubah putih berbunga ungu yang di lengkapi dengan tudung bermanik. "Cantiknya, kalau ibu pakai mesti lawa ni" Dia bermonolog sendiri. Along melangkah masuk ke dalam kedai itu.

Sedang dia membelek-belek jubah itu, bahunya tiba-tiba disentuh seseorang. Dia segera menoleh. Rupa-rupanya itu Fariz, sahabatnya. "Laa..kau ke, apa kau buat kat sini?" tanya Along ingin tahu sambil bersalaman dengan Fariz. "Aku tolong jaga butik kakak aku. Kau pulak buat apa kat sini?" soalnya pula. "Aku tak de buat apa-apa, cuma nak tengok-tengok baju ni. Aku ingat nak beli dan hadiahkan kepada mak aku" Jelas Along jujur. "Waa..bagus la kau ni Azam. Kalau kau nak beli, aku bagi potongan harga 50%. Macam mana?" Terlopong mulut Along mendengar tawaran Fariz itu. "Betul ke ni Riz? Nanti marah kakak kau!" Along meminta kepastian.

"Untuk kawan baik aku, kakak aku mesti bagi punya!" Balas Fariz meyakinkannya. "Tapi aku kena beli minggu depan la. Aku tak cukup duit sekarang ni." Cerita Along agak keseganan. Fariz hanya menepuk bahunya sambil tersenyum. "Kau ambik dulu, lepas tu kau bayar sikit-sikit." Kata Fariz . Along hanya menggelengkan kepala tanda tidak setuju. Dia tidak mahu berhutang begitu. Jika ibunya tahu, mesti dia dimarahi silap-silap dipukul lagi. Pada kau ada berapa ringgit sekarang ni?" soal Fariz yang benar-benar ingin membantu sahabatnya itu.

Along menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan dompet berwarna hitam yang semakin lusuh itu. "Tak sampai sepuluh ringgit pun Riz, tak pe lah, aku datang beli minggu depan. Kau jangan jual dulu baju ni tau!" pesan Along bersungguh-sungguh. Fariz hanya mengangguk senyum.

Hari semakin lewat. Jarum pendek sudah melangkaui nombor tujuh. Setelah tiba, kelihatan Angah dan Alang sudah berada di dalam rumah. Mereka sedang rancak berbual dengan ibu di ruang tamu. Dia menoleh ke arah mereka seketika kemudian menuju ke dapur. Perutnya terasa lapar sekali kerana sejak pulang dari sekolah petang tadi dia belum makan lagi. Penutup makanan diselak. Syukur masih ada sisa lauk-pauk yang ibu masak tadi bersama sepinggan nasi di atas meja.

Tanpa berlengah dia terus makan sambil ditemani Si Tomei, kucing kesayangan arwah ayahnya. "Baru nak balik waktu ni? Buat hal apa lagi kat luar tu?" Soalan ibu yang bernada sindir itu tiba-tiba membantutkannya daripada menghabiskan sisa makanan di dalam pinggan. "Kenapa tak makan kat luar ja? Tau pulak, bila lapar nak balik rumah" Leter ibu lagi. Along hanya diam. Dia terus berusaha mengukir senyum dan membuat muka selambar seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Tiba-tiba Angah dan Alang menghampirinya di meja makan. Mereka berdiri di sisi ibu yang masih memandang ke arahnya seperti tidak berpuas hati.

"Along ni teruk tau. Suka buat ibu susah hati. Kerana Along, ibu kena marah dengan pengetua tu" Marah Angah, adik perempuannya yang sedang belajar di MRSM. Along mendiamkan diri. Diikutkan hati, mahu saja dia menjawab kata-kata adiknya itu tetapi melihat kelibat ibu yang masih di situ, dia mengambil jalan untuk membisu sahaja. "Along! Kalau tak suka belajar, berhenti je la. Buat je kerja lain yang berfaedah daripada menghabiskan duit ibu”" Sampuk Alang, adik lelakinya yang menuntut di sekolah berasrama penuh.

Kali ini kesabarannya benar-benar tercabar. Hatinya semakin terluka melihat sikap mereka semua. Dia tahu, pasti ibu mengadu pada mereka. Along mengangkat mukanya memandang wajah ibu. Wajah tua si ibu masam mencuka. Along tidak tahan lagi. Dia segera mencuci tangan dan meluru ke biliknya. Perasaannya jadi kacau. Fikirannya bercelaru.. Hatinya pula jadi tidak keruan memikirkan kata-kata mereka. Along sedar, kalau dia menjawab, pasti ibu akan semakin membencinya.

Along nekad, esok pagi-pagi, dia akan tinggalkan rumah. Dia akan mencari kerja di Bandar B. Kebetulan cuti sekolah selama seminggu bermula esok. Seperti yang dinekadkan, pagi itu selesai solat subuh, Along terus bersiap-siap dengan membawa beg sekolah berisi pakaian, Along keluar daripada rumah tanpa ucapan selamat. Dia sekadar menyelitkan nota buat si ibu menyatakan bahawa dia mengikuti program sekolah berkhemah di hutan selama seminggu.

Niatnya sekadar mahu mencari ketenangan selama beberapa hari. Justeru dia terpaksa berbohong agar ibunya tidak bimbang dengan tindakannya itu. Along menunggang motorsikalnya terus ke Pusat Bandar untuk mencari pekerjaan. Nasib menyebelahinya. Tengah hari itu, dia diterima bekerja dengan Abang Joe sebagai pembantu di bengkel membaiki motorsikal. Upahnya lima belas ringgit sehari. Along rasa sangat bersyukur dan gembira. Gembira kerana tidak lama lagi, dia dapat membelikan jubah untuk ibu.

Hari ini hari ke empat Along keluar daripada rumah. Si ibu sedikit gelisah memikirkan apa yang dilakukan Along di luar. Dia juga berasa agak rindu dengan Along. Entah mengapa hati keibuannya agak tersentuh setiap kali memandang bilik Along. Tetapi kerinduan dan kerisauan itu terubat apabila melihat gurau senda anak-anaknya yang lain.

Seperti hari-hari yang sebelumnya, Along bekerja keras membantu Abang Joe di bengkelnya. Sydah lebih 10 hari Along bekerja di situ. Sikap Abang Joe yang baik dan kelakar itu sedikit sebanyak mengubat hatinya yang luka. Abang Joe baik. Dia banyak membantu Along antaranya menumpangkan Along di rumahnya dengan percuma. "Azam, kalau aku tanya kau jangan marah ke?" Soal Abang Joe tiba-tiba sewaktu mereka menikmati nasi bungkus tengah hari itu. "Macam serius jer bunyinya Abang Joe?" Along kehairanan. "Sebenarnya, kau lari dari rumah kan?"

Along tersedak mendengar soalan itu. Nasi yang disuap ke dalam mulutnya tersembur keluar. Matanya juga kemerah-merahan menahan sedakan. Melihat keadaan Along itu, Abang Joe segera menghulurkan air. "Kenapa lari dari rumah? Bergaduh dengan parents?" Tanya Abang Joe lagi cuba menduga. Soalan Abang Joe itu benar-benar membuatkan hati Along sebak. Along mendiamkan diri. Dia terus menyuap nasi ke dalam mulut dan mengunyah perlahan. Dia cuba menundukkan mukanya cuba menahan perasaan sedih.

"Azam, kau ada cita-cita tak ataupun ada impian apa-apa ke?" Abang Joe mengubah topik setelah melihat reaksi Along yang kurang selesa dengan soalannya tadi. "Ada!" Jawab Along pendek. "Kau nak jadi apa satu masa nanti? Jurutera? Doktor? Cikgu? Pemain bola? Mekanik macam aku atau apa?" Along menggeleng-gelengkan kepala. "Semuanya tidak! Cuma satu je, saya nak mati dalam pangkuan ibu saya." Jawab Along disusuli ketawanya. Abang Joe melemparkan tulang ayam ke arah Along yang tidak serius menjawab soalannya itu.

"Ala, gurau ja la Abang Joe… Sebenarnya, saya nak bawa ibu saya ke Mekah dan saya nak jadi anak yang soleh!" Perlahan sahaja suaranya namun masih jelas didengari telinga Abang Joe. Abang Joe tersenyum mendengar jawapannya. Dia bersyukur di dalam hati kerana mengenali seorang anak yang begitu baik. Dia sendiri sudah bertahun-tahun membuka bengkel itu namun belum pernah ada cita-cita mahu menghantar ibu ke Mekah.

Setelah tamat waktu rehat, mereka menyambung kerja masing-masing. Tidak seperti selalu, petang itu Along kelihatan banyak berfikir. Mungkin terkesan dengan soalan Abang Joe sewaktu makan tadi. "Abang Joe, hari ni, saya nak balik rumah …terima kasih banyak kerana jaga saya beberapa hari ni" Ucap Along sewaktu selesai menutup pintu bengkel. Abang Joe yang sedang mencuci tangannya hanya mengangguk. Hatinya gembira kerana akhirnya anak muda itu mahu pulang ke pangkuan keluarga.

Sebelum berlalu, Along memeluk lelaki bertubuh sasa itu. Ini menyebabkan Abang Joe terasa agak sebak. "Abang Joe, jaga diri baik-baik. Barang-barang yang saya tinggal kat rumah Abang Joe tu, saya hadiahkan untuk Abang Joe" Kata Along lagi. "Tapi, kau kan boleh datang bila-bila yang kau suka ke rumah aku!?" soal Abang Joe. Dia risau kalau-kalau Along menyalah-anggap tentang soalannya tadi.

Along hanya senyum memandangnya. "Tak apa, saya bagi kat Abang Joe. Abang Joe, terima kasih banyak ye! Saya rasa tak mampu nak balas budi baik abang. Tapi, saya doakan perniagaan abang ni semakin maju" Balasnya dengan tenang. Sekali lagi Abang Joe memeluknya bagai seorang abang memeluk adiknya yang akan pergi jauh.

Berbekalkan upahnya, Along segera menuju ke butik kakak Fariz untuk membeli jubah yang diidamkannya itu. Setibanya di sana , tanpa berlengah dia terus ke tempat di mana baju itu disangkut. "Hey Azam, mana kau pergi? Hari tu mak kau ada tanya aku pasal kau. Kau lari dari
rumah ke?" Soal Fariz setelah menyedari kedatangan sahabatnya itu. "Along hanya tersengeh menampakkan giginya. "Azam, mak kau marah kau lagi ke? Kenapa kau tak bagitau hal sebenar pasal kes kau tumbuk siMalik tu?" "Tak pe lah, perkara dah berlalu.lagipun, aku tak nak ibu aku terasa hati kalau dia dengar tentang perkara ni”, Terang Along dengan tenang.

"Kau jadi mangsa Azam. Tengok, kalau kau tak bagitau, mak kau ingat kau yang salah”, kata Fariz lagi. "Tak apa lah Riz, aku tak nak ibu aku sedih. Lagipun aku tak kisah, aku sangat sayangkan Ibu aku!" "Azam..kau ni.." "Aku ok, lagipun aku tak mahu menyusahkan lagi ibu aku. Aku tak nak dia sedih dan ingat kisah tu lagi" Jelas Along memotong kata-kata si sahabat yang masih tidak berpuas hati itu.

"Aku nak beli jubah ni Riz. Kau tolong balutkan ek, jangan lupa lekat kad ni sekali, ok!" pinta Along sambil menyerahkan sekeping kad berwarna merah jambu. "No problem, tapi, mana kau dapat duit? Kau kerja ke?" Soal Fariz ingin tahu. "Aku kerja kat bengkel Abang Joe. Jadi pembantu dia” Terang Along. "Abang Joe mana ni?" "Yang buka bengkel motor kat Jalan Selasih sebelah kedai makan pakcik kantin kita tu!" Jelas Along dengan panjang lebar. Fariz mengangguk. "Azam, kau nak bagi hadiah ni kat mak kau bila?"
"Hari ni laâ.." Balas Along.
"Ooo hari lahir ibu kau hari ni ya?"
"Bukan, minggu depan"
"Habis? Kenapa kau tak tunggu minggu depan je?" Soal Fariz lagi.
"Aku rasa hari ni je yang sempat untuk aku bagi hadiah ni. Lagipun, aku harap lepas ni ibu aku tak marah aku lagi" Jawabnya sambil mengukir senyum.

Along keluar daripada kedai. Kelihatan hujan mulai turun. Namun Along tidak sabar menunggu untuk segera menyerahkan hadiah itu untuk ibu. Sambil menunggang, Along membayangkan wajah ibu yang sedang tersenyum menerima hadiahnya itu. Motorsikalnya sudah membelok ke Jalan Nuri II. Tiba di simpang hadapan lorong masuk ke rumahnya, sebuah kereta wira yang dipandu laju cuba mengelak daripada melanggar seekor anjing yang tiba-tiba muncul di depannya. Pemandu kereta itu menekan brek dan mengelak tapi dek jalan yang licin, ia hilang kawalan. terus merempuh Along dari depan yang tidak sempat mengelak.

Akibat perlanggaran yang kuat itu, Along terpelanting ke tengah jalan dan mengalami hentakan yang kuat di kepala dan belakangnya. Topi keledar yang dipakainya mengalami retakan dan tercabut daripada kepalanya. Along membuka matanya perlahan-lahan dan terus mencari hadiah untuk si ibu. Dengan sisa kudrat yang ada, dia cuba mencapai hadiah yang tercampak berhampirannya itu. Dia menggenggam kuat cebisan kain dan kad yang terburai dari kotak itu.

Darah semakin membuak-buak keluar dari hidungnya. Kepalanya juga terasa sangat berat, pandangannya berpinar-pinar dan nafasnya semakin tersekat-sekat. Dalam keparahan itu, Along melihat kelibat orang yang sangat dikenalinya sedang berlari ke arahnya. Serta merta tubuhnya terus dirangkul wanita tersebut. Dia tahu, wanita itu adalah ibunya. Terasa bahagia sekali apabila dahinya dikucup saat itu.

Along gembira. Itu kucupan daripada ibunya. Dia juga dapat mendengar suara Angah, Alang dan Atih memanggil-manggil namanya. Namun tiada suara yang keluar dari kerongkongnya saat itu. Along semakin lemah. Namun, dia kuatkan semangat dan cuba menghulurkan jubah dan kad yang masih di genggamannya itu. "Ha..ha..hadiiiiah uuuntuk iiiiiibu" Itu saja yang termampu diucapnya sambil berusaha mengukir senyuman. Senyuman terakhir buat ibu yang sangat dicintainya. Sebaik habis mengukir senyuman bahagia itu, Along terasa kesakitannya sudah tidak tertahan lagi. Suara ibu, Angah, Alang dan Atih semakin sayup terdengar. Matanya sudah sangat berbinar. Di gagahnya menahan matanya untuk terus menatap wajah ibunya selama yang mungkin.

Along sudah kelihatan hampir tidak sedarkan diri. Si ibu begitu cemas bercampur sebak dan sedih. Kepala dan tubuh Along dipeluknya sambil dicium berkali-kali. Air matanya merembes keluar bagai tidak dapat ditahan lagi. Pandangan Along semakin kelam. Sebelum matanya tertutup rapat, terasa ada air hangat yang menitik ke wajahnya. Akhirnya, Along terkulai dalam pangkuan ibu dan dia pergi untuk selama-lamanya.

Along di bawa ke hospital dan disahkan sudah meninggal dunia. Siibu menangis semahu-mahunya menyesali tindakannya terhadap Along. Dia lebih menurut nafsu dan emosi. Along sudah pergi untuk selama-lamanya. Tangisan dan penyesalan tidak akan mengembalikan Along ke pangkuannya semula. Sebaik pengebumian jenazah Along, si ibu terus duduk di sisi kubur Along bersama Angah, Alang dan Atih. Begitu juga perasaan yang dirasai Angah, Alang dan Atih. Masing-masing berasa pilu dan sedih dengan pemergian seorang abang yang selama ini disisihkan.

Sedang melayani perasaan masing-masing, Fariz tiba-tiba muncul. Dia terus mendekati wanita separuh umur itu lalu mencurahkan segala apa yang dipendamnya selama ini. "Makcik, ampunkan segala kesalahan Azam. Azam tak bersalah langsung dalam kes pergaduhan tu makcik. Sebenarnya, waktu Azam dan saya sibuk menyiapkan lukisan, Malik datang dekat kami.. Dia sengaja cari pasal dengan Azam dengan menumpahkan warna air dekat lukisan Azam. Lepas tu, dia ejek-ejek Azam. Dia cakap Azam anak pembunuh. Bapa Azam seorang pembunuh dan dia jugak cakap, ibunya iaitu mak cik sebagai seorang perempuan gila. Azam pukul Malik sebab tak sanggup mendengar Malik menghina ibu dan ayahnya"

Cerita Fariz dengan nada sebak. Si ibu terkejut mendengarnya. Terbayang di ruang matanya pada ketika dia merotan Along kerana kesalahan menumbuk Malik. "Tapi, kenapa arwah tidak ceritakan pada makcik Fariz? Soalnya dengan sedu sedan. "Sebab..Azam tak mahu makcik sedih dan teringat kembali peristiwa itu. Dia cakap, dia tak nak makcik jatuh sakit lagi, dia tak nak mengambil semua ketenangan yang makcik ada sekarang walaupun dia disalahkan, dia terima. Tapi dia tak sanggup tengok makcik dimasukkan ke hospital sakit jiwa semula" Terang Fariz lagi. Dia berasa puas kerana dapat menyatakan kebenaran bagi pihak sahabatnya itu.

Siibu terdiam mendengar penjelasan Fariz. Lidahnya kelu untuk berkata-kata lagi. Terasa seluruh anggota badannya menjadi Lemah. Berbagai perasaan mencengkam hatinya. Sungguh hatinya terasa sangat pilu dan terharu dengan pengorbanan si anak yang selama ini dianggap anak derhaka.

Dengan lemah, wanita itu mengeluarkan bungkusan yang hampir relai dari beg tangannya. Sekeping kad berwarna merah jambu bertompok darah yang kering dibukanya lalu dibaca. ˜Buat ibu yang sangat dikasihi, ampunkanlah salah silap Along selama ini. Andai Along melukakan hati ibu, Along pinta sejuta kemaafan. Terimalah maaf Along bu..Along janji tak kan membuatkan ibu marah lagi. Ibu, Along sayang ibu selama-lamanya. Selamat hari lahir ibu dan terimalah hadiah ini dari anakmu yang banyak menyusahkanmu....UNTUKMU IBU!"

Kad itu dilipat dan dicium. Air matanya sekali lagi melunjur deras berjurai membasahi pipi. Sekali lagi siibu menangis semahu-mahunya. Segala perasaan sedih, pilu, sayang, menyesal dan marahkan diri bercampur baur di dalam dadanya. Setelah beberapa lama, siibu tenang semula. Di dalam hatinya siibu berkata "Ya Allah!! Aku mohon ampun padamu atas apa yang sahaja kesalahan aku kepada anak ini. Kau saksikanlah Ya Allah bahawa aku meredainya sebagai anak yang soleh.. Engkau tempatkanlah Along anakku ini di dalam syurgaMu yang kekal abadi!"

Mereka terus terkenangkan Along... sedangkan di depan mereka di sebalik alam nyata, berdiri ruh Along memerhatikan Ibunya dan mereka. Along hanya tersenyum melihat keluarganya yang sudah menyaksikan kebenarannya. Along berbahagia menerima kiriman doa yang sangat berharga dari Ibunya..... Ruh Along terus terbang jauh-jauh menuju kesejahteraan dan kebahagiaan yang sebenarnya di alam sana...

copyright facebook

Maaf kalau ada terkasar bahasa.Sekian.

Berangan


      
Dari Florida Park bergerak menuju ke Cleacland Wildlife Park kena pergi naik kapal terbang sampai-sampai airport senyum, qenyeh, gelak sebab suka dah jejak di muka bumi austrl.Dapat tenggok kangaroo melompat lompat p balik depan mata.Nampak omputih negro dengan beg travel terhuyung hayang bawak p mai. Ok. Benda tu semua aku berangan .

Banyak menda aku nak, teringin. Lazim lah, lumrah hidup manusia semua benda  tak puas hati ,orang bagi betis nak peha, dah dapat nak lagi nak lagi dann nak lagi teqiyak,bebai buat muka x puaih ati, yang paling terok menyusahkan orang pulak tuu..x pkir perasaan orang yang jadi mangsa.Tipulah kalau aku kata aku ni x dak keinginan.Banyak benda aku teringin sebenaqnya, kalau ditanya buleh wat senarai panjang macam list supermarket mak aku beli barang dapuq.Dari kecik-kecik aku dah mula belajaq berangan, nak p jalan-jalan jauh la nak p australia nak tenggok kangaroo ngan cheetah,masa tu x kenai cheetah tu apa menda yang tau dok sebut harimau lari laju ja.Pastu berangan nak p belajaq jauhh,kawin ngan lelaki hensem,badan macam shah jaszle,stylo,kerja yang hebat,orang luaq pada negeri sendiri sebab dok ingat bule p jenjalan jauh.kononya lah,kenkadang rasa cam geli teringat balik.Ya Allahh....x salah berangan kan kalau dapat apa salahnya, Giiillaaa nak tolakk.Hah!*jeling sikit


Mai besaq sikit angan-angan tu x pernah berubah cuma tambah lagi angan-angan, nt besaqq lagi nak keja dokterrr,pereka fesyenn sebab tenggok baju lawa-lawa kat tv masa show fashion award, nak jadi cikgu bm  sekolah rendah, nak jadi pramugari.Owwhh k! tinggi x cukup x lawa tara mana,bi hanyutt..dok ingat pramugari keja nek kapal terbang leh p keliling dunia..Tinggi rupa2nya cita-cita aku dlu.

Mai umur dah meningkat ni, teringinn nak belajaq jauh, luar dari negeri sendiri, kerja pon teringin nak pakai bgaya p keja macam orang koperat ber'kod bagai.hek.teringin nak buat "facial wash for women" bila dapat gaji nanti,teringin nak pegang duitt gaji yang banyak dan bagi duit bulanan kat mak ayah macam kak akuu menggunakan duit hasil titik peluh sendiri,barulah nampakk matang sikit dah bekerja, nak beli asset utama, rumah,kereta,gerek ngan rumah sewa untuk tampungann masa hadapan.Pastu berangan nanti besaq dah banyak duit, keja elok, dapat baby comey hehe, dan teringin nak bawak mak ayah p jenjalan keliling dunia.yeahh!! Adakah itu akan menjadi realiti untuk saya?! Insyallah

psst : Berangan itu mudah sebenarnya, tapi realiti itu yang menyukarkan keadaan. Kuatkan diri untuk cabaran seterusnyaa....

Yeahh!!, Allah sentiasa ada untuk hambanya.jangan risau itu..

Maaf kalau ada terkasar bahasa.Sekian.

Cerita D pagi hari


Cerita d pagi hari..tajukk aku hari ni.hmm.macam pelik ja bunyinya..Sebenaqnya aku tengah cuti sem dan duk rumah untuk beristrirehat tanpa melakukkan sebarang pekerjaan yang melibatkan orang awam juga masyarakat sejagat yang kini sedang sibuk mencari rezeki untuk keluarga juga diri sendiri..Alhamdullilah aku masih bernafas dan masih menjadi seorang manusia yang teramat suka menjalani rutin harian aku di rumah seperti online apa-apa saja yang digemari, melayan you tube bergelak ketawa bersama Jozan dan Mat Lutfi yang agak kecomelan di lamannya itu.errk..bergelak ketawa..*tetibaa .Walaupun video-video depa sudah lama di rakam juga vlog  mattlutfi90 tetapi memang best dan agak lawak jugak .Lah.okeyh..yang dibawah ni antara-antara ja .banyak lagi lam u tube.Nama pon youtube, rajin-rajin la jari tu sikitt.




Bila tenggok satu video Jozan ni..yang ni paling tersentuh.



Maaf kalau ada terkasar bahasa.Sekian.

Terima kasih NURUL


Fuhh..! berpinar-pinar mata aku ngadap screen laptop mg'editt blog nih.Rasa macam nak tukaq url blog tapi dah terbiasa dari 2010 duk guna url tu.Biaq jea lah..8pm-11pm aku depan screen.Hari tu aku pening pasal header sebab ada background hitam padahal dah d transparentkan, akhirnya ada sorang rakan blogger ni nama dia NURUL , nurul la yang bagi tutorial cara masukan header-new .TERIMA KASIH banyak-banyak Nurul. Terima kasih jugak pada FIQAH HAMID yang bnyak mmbantu mcri tuto untukk aku, tak lupa jugak kepada FIQgraphic yang turut membantu..Alhamdulliah akhirnya dapat jugak tukar template baru, header di olah, dan ada la yang tukar-tukar ..lagipun nampak kan pmbaharuan belog aku dr blog lama. Boring guna warna pink ,design template sama ja kot dulu dan kini cuma warna ja dulu pink lani Biruuu. hek. Tapi masalah aku terlupa macam mana nk edit warna untuk shoutbox sebelah tuu...errgh. Niat aku benaqnya nak tukaq belog aku supaya tak serabut dengan blink-blink, icon ntah bagai, tak terlalu menyakitkan mata dengan warna yang terlampau, terlalu cerah sangat, warna warni, dan err..ntah la. Tapi ikot sesetengah orang la, mata lain-lain kan. Ada yang suka warna warni, ada yangg suka warna terang ,gelap dan ada jugak yang ANTI KALER HITAMMM..KAN! terpulang lah pada individuu tersebut.OK! be yourself :)

Maaf kalau ada terkasar bahasa.Sekian.

Berhantu


Aku selalu jadi gila kalau nk edit balik blog ni..mesti ada masalah .Tapi kalau masalah pon sat ja bule setelkan. Tapii yang ni mcm kna santau jaaa..

aku terpaksa guna yg lama prt sc - crop bacgrnd balik dan tampal kat belakang header kemudian save jpeg...
please Tuto...

Maaf kalau ada terkasar bahasa.Sekian.

Enpon .


tak dapat  beli sony xperia J  diataskan SEBAB2 TERRRR TENTUU...Yang ni pon alhamdullilah.:)


Maaf kalau ada terkasar bahasa.Sekian.

Motivasi Hati.


Senyuman itu ibarat lukisan rahsia di hati.Jadi senyumlah selalu untuk mengembirakan hati yang lain walaupun ianya sesuatu yang menyakitkan dan tersembunyi 1001 rahsia yang mendalam.Setiap manusia mempunyai perasaan dan masalah."Kuatkan diri, Yakin diri, Doa kepada yang Maha Esa, Berusaha, Tenangkan diri dan Fikir".
Berjuta sikap sahabat yang x layak digelar sahabat, yang tak pernah sedar kesilapan diri, angkat martabat diri sendiri dan dianggap bagus sebagus-bagussnya dan perlecehkan identiti seseorang itu harus di hapuskan dan di lenyapkan.jadi siapalah kita untuk lenyapkan org tersebut sehingga hendak dihapuskan juga.he.

Maaf kalau ada terkasar bahasa.Sekian.


Tolonggg gena niii....esok observe mai jelajahh tmpat prktikal aku,dengan letrik takdak kna potong.Masa ni gak la pemotong letrik  nk kerja keras....knpa masa nii.?!Aku makin getaqq lagi ada.Bil tertungakk sampai beriban x byaq. Bos pon x kata apa,hanya diam membisu menunggu bulan jatuh ke riba....
Malam ni mak aku suh tepon itu bos tanya..Aku hanya menunggu masa,waktu,jam,detik,minit,saat untuk tepon itu bos kerana  menggigil ketakutann.Refleksi mingguan x komen apa lagiii.apakah aku harus komen sendiri?!.OMG !OMG !OMG!maksud dia oh my god.
doakan akuu...

Maaf kalau ada terkasar bahasa.Sekian.

instanet prepaid pack yang baruuuuuu


Inilah benda yang merugikan duit aku bila internet wifi dah bule guna .!

Maaf kalau ada terkasar bahasa.Sekian.

kisah custmer ber'umur



Grr...! Pagi-pagi dah cr masalah..Nasib x dk masalah teknikal pagi-pagi lagu ni.Ni customer plak dah tau background kaler putih nak jugak terhegeh2 pakai tudung putih,paitu pinjam tdung lam studio komen macam-macam.paitu laki dia pulak dok komen awat tak bukak aircon.Elok laki bini!.Baru ja bkak pintu koi 10 mana nak dan buat..mahai sikit dok hingaq mintak murah  la.Aku bkn x mau bg cma takot shock kat peti cash ja lagipon semua pmbayaran kna tulis dalam buku kwangan syarikat .Tu nak p umrah baru dah mula berkira  5 hinggit ja ..alahai sedih~




Maaf kalau ada terkasar bahasa.Sekian.

bila aku praktikal


Tudia lama x lama aku prktikal ngadap komputer berejam dok mengedit gmbaq orang,ingat syok ka pa?!.
beriban jnis customer aku ngadap cengge ,muka garang jnis x reti nk sabaq,ikot suka atiii dia ja,gila bila masuk2 hingaq tak tawan hala,muka comei,bentuk,nek moto bunyi bising satu taman bila masuk kedai jalan ala-ala romeo,polis yang segak,cikgu math aku masa fom threee pon ada.apa lagi yang tadakk...berjeniss suma.mai nk mik gmbaq paitu suh cepat-cepat..aku getaq gatai pala dok jaga sorang-sorang depan belakang jadi terabuaq habih.Budak keja sorang si bob tu ct jmaat tiap jumaat dia cuti katanya hari jumaat penghulu hari  habih tu sapa nk tolong tutup pintu depan! aku tak retiii, 4 kali aku test suma fail.last kali aku bebai balik koi 5.

Tunggu duit ptptn x msuk2 lg.aku nak beli kek 4.50 x lepas dok ingt esok nk mkn.ayoyo!
Nk tulih sai keja lebih2 pon bhaya gk .Hari ke-3 dah kna tingai sorang-2 kata bos nk bg aku cekap tapi getaq lagi ada lah.mai tngah hari custmer ramai gila smpai dok hingaq mcm pak depa punya jalan nuh.Balik-balik  mandi bukak tv  bkk laptop ngadap menda tu sampai ke malam paitu buat-buat letih bila nk perah otak  nk tulih lam buku laporan apa yang aku buat tadi masa keja.Selalunya aku buat2 sibuk tulih masa keja esok pagi .si bob tu ajaq aku main game lam komputer,ada game zombie&plants,eggs,pizza bnyok..bos aku dia kata dia reti main game angry birds ja..bila dia mai ja ,aku selalu dok nampak dia dok main game angry birds dia paitu customer mai  dia buat kalot terlebih.Tak senang duduk aku aku tenggok.
Semalam si bob tu suh aku boh ink dia duk jauuuuuhhhh....aku tnya awat.dia kat takmau nt ink tu kna dia kotoq.hahh!aku brni sbb menda ni basic ja aku penah ajaq T buh ink printer dia.printer T sama jnis ngn DJ..

Dahlah..aku nk p lena sbb aku keja esokkk.!
Selamat tahun baru  ku ucapkan.
assalamualaikum,

Maaf kalau ada terkasar bahasa.Sekian.

 
copyrightbluered "i'm ATIKAH OMAR"