Aku d Hari Raya

HaHa.Hari ni baru ada mood, idea bagai nak Update Blog ni setelah sekian  lama bersarang tanpa didedahkah oleh aku lamanya.Ok ! hari ni  dah masuk raya kelima,sebelum  tu aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada sesiapa yang tersinggah,terbukak,terbaca,tertenggok,terserempak dan termasuk ke blog aku ni.Background dah bertukaq serupo kain pelekat ayah aku.Sebenaqnya nak tukaq header untk raya tp tak ingat nk save Png lagu mana..hoho.Abaikan nt cari ilmu lainn..sabtu ni aku blik pahang, x smpai seminggu aku blik raya p pulak ngadap ai,adobe Pshp atau segala bagaii lagi.

Ok patah balik.Raya ptama aku g mana.. aaar.Lpas mayang rya trus g rumah pak jang aku.x dapt jugak duit raya! STRESSSS...!!Apa Dosa Aku?!balik lahap ketupat dngan rendang smpai naik gilaa. Bukak laptop update status 2 minit "aku raya!aku raya!aku raya!HAHA...aaarrr :) "offline--> g ikot mak aku g umah tok cik sebelah rumah,lahap laksa dapat duit raya rm10 hinggit (duit lama)bersyukurrr aku masih dihargai.hek.kalau x dari aku kecik lpas mayang raya aku ngn famili trus g umah tok sebelah mak aku kat kampung repoh berkumpul ramai-ramai hingga ke malam,duit pon semakin berbuah dan aku berbahagia kerana aku menjadi kaya di sana.Tapi..tapii...sekarang tidakk! lagi. sebab tok aku dah x dak.4 tahun dah dia pergii..pergii.dan pergi tak kembali lagi.al-fatihah.Jadi,kami ttp bkumpul taww!hah!!gituu.Rumah arwah tok aku seblah ngn rumah mak lang aku.aduhh...maklang aku baru jea x dak,masa tu aku sem 2..hmm.tp sepupu aku adalah.ok x mo sedih2.Raya kedua aku duk rumah sambut tetamu,mmg ramai smapai nk online x smpat.hihi.



Masa ni raya pertama,dah nk kluar dah  lpas zuhur,ayah aku siap buang bj mlyu .
Ramai kengkawan aku buat openhouse..baca lam fesbukk pon Openhouse!Openhouse!.tringin jugakkk.Tapi mak aku kata buat pning pala ja ramai orang mai trtama bbudak kecik takot mai pelingkup rumah.


p/s:Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin !

Maaf kalau ada terkasar bahasa.Sekian.

Huh.!
Akhirnya segala beban ,penat lelah ditanggung ...
aku blik jugak raya...hahahhahahahhahahah!
tp assgnmnt ttp bagi.bagi dn bagii..tapi tu mmg tanggungjawab kena laksanakan jugak kn
Ok tu last episod aku buatkn.
2 hari dpt bbbka puasa ngn famili.weeeeeeeeeeeha!
Ptg tadi jnjln p shoppng raya,kat sini baru la puas ngri sndri...apa pon bule buat kan?!
semalam ingatkan nak updte blog tp tulah ..

Dah.Dah..jom tnggok HIP TV!

SELAMAT HARI RAYA ADILFILTRI MAAF ZAHIR & BATIN.

Maaf kalau ada terkasar bahasa.Sekian.

KELEBIHAN SOLAT TARAWIH - HADITH PALSU KELEBIHAN TARAWIH

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Puji-pujian bagi Allah Subhanahu Wata'ala, Selawat dan Salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu 'Alaihi Wasallam serta para sahabatnya.
SEJAK beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan Tarawih pada malam-malam Ramadan telah tersebar dengan meluas sekali. Media elektronik, cetak serta media massa lain turut memainkan peranan menyebarkannya melalui akhbar, dairi Islam, TV, radio, risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat, terutamanya dalam bulan yang diberkati itu. Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut.
Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadilat sembahyang Tarawih pada bulan Ramadan antaranya:
Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).
Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.
Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.
Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.
Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh.
Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanah air mengenai kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunah Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini. Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang Tarawih dan kedudukannya dalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama kita dahulu.
allahualam.
copypaste:
http://www.islam2u.net/index.php?option=com_content&view=article&id=403:kelebihan-solat-tarawih&catid=27:fadhilat-amal&Itemid=62

Tima kasih -->ahmad zikron kerana ats pringatan@pmbtulan pd entry yg lepas(tentang  HADITH PALSU KELEBIHAN TARAWIH)

Maaf kalau ada terkasar bahasa.Sekian.

Kelebihan Sembahyang Tarawih Malam 1 Hingga 30



1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan. 

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.


Allahualam.

Maaf kalau ada terkasar bahasa.Sekian.

Assalamualikum..

Ok,berita baik hr ni,17 ogos kelas coperate identity design dibatalkan dengan rasminya jam 10.50 pagi tadi.Tqvm Cik Sara.
Jadi niat aku nk blik raya mmg tak terjejas sebab kelas dibatalkan bukan aku yang ponteng kelas.hikkhokk :D
Tinggal tinggal 13 hari lagi aku nk balik kampung..Assigmnt macam biasa tetap jugak berjalan..tapi tu lantaklah mmg kerja aku pon menatap assignmnt kn,tp alhamdulillah lah sem3 ni x bnyak sngat kerja harap berterusan hingga ke akhir hayat,tapi jangan lah bagi kerja masa aku tengah enjoy maen bunga api kat rumah.sob..sob..




Maaf kalau ada terkasar bahasa.Sekian.

 
copyrightbluered "i'm ATIKAH OMAR"