hari keputusan upsr keluar..


Teringat zaman dulu bila dapat tau result UPSR aku keluaq. Aku dapat terok kot..
Gila kena marah tibai semua siap sesi perli memerli lagi, dengan abang kak aku sibuk masuk nak perli aku. Sebab x nampak kelibat A pon atas slip tu..Masa nak p amik kat sekolah tu, aku p dengan kawan aku..kayuh gerek. Kawan aku ada jugak 1 A..pada aku..Lagi lah aku kena, yang paling aku tak suka bila dibandingkan aku dengan kawan yang seusia denganku..
 
             " Tengok anak cikgu tu....5A ! "
             " Tengok kawan hang..ada jugak A! Hang ? "

Tekanan ! lepas kejadian tu..aku mula nak bebaii dan x suka cakap ngan kawan aku tu...sebab selalu sangat membandingkan..nampak sangat kat situ aku budak bermasalah. Tak pandai. Dan aku pon mula masuk sekolah menengah abang aku...Ting 1 aku kelas 1 Fikir (1 F ) kelas 3 paling hujung dan busuk..nak buat camana dengan keputusan aku tu..naik tahun hadapan aku naik 1 anak kelas..alhamdulillah x kena marah lagi..
Kenapa perlu sangat keputusan yang hebat padahal akhlak ntah kemana..pastu suka banding membandingkan dengan orang lain..sikap macam tu dia akan jadi malas, tak suka belajaq, mula nak bebai. Mak bapa selalu tekankan suh belajar setiap masa, duk rumah bukak buku..setiap masa..hantar pergi tuisyen . Belajar..Belajar..Belajar..aku paling tak suka p tuisyen dan aturkan jadual tuisyen aku math, bi sains..subjek paling aku lemah...lagi aku nak termuntah dan x faham. Bila di sekolah cikgu ajar formula lain di tuisyen cara lain. jadi konfius..
tapi sekarang alhamdulillah..aku bahagia dengan mak ayah aku yang didik aku sampai ke hari ni.
Bebaskan hidup tanpa tekanan!-untuk generasi akan datang.

Maaf kalau ada terkasar bahasa.Sekian.

 
copyrightbluered "i'm ATIKAH OMAR"